25 December, 2011

...DESCRIPTI0N B0UT STRESS...




   FIZIKAL
  1. Selalu bersenam bagi elak keletihan (slh 1 gejala stress). Bersenam just f0r fun dan utk hilangkn ketegangan. Around 1/2 h0ur jadilah tp istiqamah.
  2. Give your body rest. Bagi remaja masa tidur around 7-8 jam sehari. Ini merangkumi untuk merehatkn otak dan bagi pembesaran badan (time tidur badan mengalami prtumbuhan).
  3. Selain tue, berzikir penting. Kalau x da kerja lebih baek berzikir, time gelisah p0wn boleh berzikir. Sebab tue larh orang2 berilmu lebih kurangkn bercakap dan banyak berfikir termasuklah berzikir.


   PSIKOLOGI
  1. Free your mind. Anggap masalah sebagai peluang, halangan sebagai cabaran.
  2. Always have important thing first.
  3. Set jadual yg fleksibel n realistik. Means jadual x realistik nie mcm jangan set time belajar dan untuk belajar saja. Sebabnya x selalu kita boleh follow jadual tue n cepat naik bosan. So bagi lebih fleksibel. Means, ubah time study dr tgh mlm forwardkn kpd awl pagi (5-6 pagi). Macam nie lebih bagus sebab time nie rasa lebih tenang, x ada gangguan n badan p0wn segar.
  4. Relig0us. Dekatkan diri dengan Allah. Cari peluang tambah amalan (sunat) dan baca Quran.


   PEMAKANAN
  1. Sekadar bagi gizi yang seimbang.
  2. Utamakan pr0tein.







   Sumber: Dr Hafiz Rahman

23 December, 2011

...PANDUAN IMAM AL-GHAZALI SUPAYA KITA TIDAK BERSIKAP SOMBONG...


Panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat S0MB0NG & ANGKUH.


Jika berjumpa...

kanak-kanak - anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan          dosa daripada kita.

orang tua - anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

orang alim - anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari serta  ketahui.

orang jahat - jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat ats kesalahnnya sedangkn kita selalu terlupa untuk bertaubat.

orang jahil - anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,
 sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

orang kafir - katakan dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosa mereka akn diampuni Allah.

 
         ~wallahu'alam~

...MUWASSAFAT TARBIYAH



- akidah yang sejahtera

- ibadah yang shahih

-akhlak yang mantap

- luas peengetahuan

- sihat tubuh badan

- mampu berdikari

- melawan nafsu

- menjaga masa

- tersusun urusannya

- bermanfaat pada orang laen

...D0A...





"Dan Tuhanmu telah berfirman, beerdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembahku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina"
[al-Mu'min:60]

Sesungguhnya Allah telah memrintahkn manusia agar berdoa kepadaNya dgn penuh harapan dan merasakan bahawa Allah menerima segala permohonan hamba-hambanNya..
Rasulullah S.A.W juga telah brsabda..
'Addu'a silahul mukmin'
Doa itu senjata orang beriman
Doa itu tiang agama serta cahaya langit & bumi...

Sabda Rasulullah yg bermaksud :
"Sesungguhnya Allah Maha Pemalu lagi Maha Pemurah.
Dia malu apabila seseorang mengangkat kedua tangan kepadaNya,
lalu Dia menolaknya dlm keadaan hampa dan kecewa"

Jadi, berdoalah kpd Allah. Dia Yang Maha Penerima segala permohonan n rintihan hamba-hambaNya...
dan Dia jugalah yang menentukan dan menjadikan setiap kejadian yg berlaku..
Daripada Abdullah Ibn Busr, bahawa seorang lelaki telah berkata kpd Nabi S.A.W...
"wahai Rasulullah! Sesungguhnya, aku mengetahui banyak perkara mengenai syariat Islam, namun begitu beritahukanlah kepadaku tentang sesuatu yang dapat aku berpegang teguh padanya.
Lalu Rasulullah bersabda:
"Hendaklah lisanmu selalu basah dengan berzikir (berdoa) kepada Allah"

Zun Nun al-Masri, seorang tokoh ahli sufi, pernah brkata
'salah satu tanda kecintaan kpd Allah yg Maha Tinggi Kebesarannya, adalah mengikuti apa yang diamalkn oleh para kekasih Allah dlm akhlak, prbuatan, urusan dan sunnahnya'

Semoga kita trgolong drpd kalangan hamba2Nya yg sentiasa melazimi sunnah2 ibadah Sayyiduna Rasulullah.
Mudah-mudahan dgn lidah kita yg brgamit serta sentiasa berdoa dgn ucapan Nabi yg dikasihi, akn dipandang Allah..InsyaAllah..

~wallahu'alam~

14 December, 2011

...C0UPLE = CHINTA...?...

-c0uple = cinta..??-


Bismillahirahmanirahim..Alhmdulillah hari nie brkesempatn utk p0st entri niy.. entri kali niy adlh pndngn tntng cinta 0leh saudara Hilal Asyraf...tp ana tlhp0wn meringkskn srba sedikit penerngn serta pndangn trsebut..diharap brmanfaat kpd smua..
Couple=cinta?

Bicara cinta kita...

‘apakah ada couple sebelum berkahwin?’.. jawapannya x ada

‘apakah ada cinta sebelum berkahwin?’jawapannya ada..

“Macam mana bercinta tapi tak bercouple?”

 Cinta dengan couple tu, sama ke?..mestilah x sama
 Nak bercinta, wajib couple ke?...x wajib p0wn

Statement ‘no cinta before nikah’, ‘cinta sebelum nikah haram’, ‘x da cinta2, haram tue’ kurang tepat sebenarnya..sebab cinta & c0uple x sma.. kenapa..? perasaan cinta tue mesti diiringi dgn c0uple k..? kalau x c0uple mksudnya x da perasaan cinta lar..? dr sini p0wn kita da boleyh nampak bezanya cinta dan couple..

               

Apa itu cinta

Definisi cinta bagi fahaman penulis sndiri ialah..cinta adlh apabila kita hendak masuk syurga bersama2 dgn org yg kita cinta..samada kekasih, isteri, sdare, kwan, ibu bapa dan sebagainya. Cinta itu pula trkandung di dalamnya perasaan sayang dan kasih. Kasih sayang nie pulak mmbawa kpd perbuatan yg p0sitif..

 Umumnya, couple itu dilarang oleh Allah, zina hati juga dilarang oleh Allah dan balasannya adalah kemurkaan Allah, apatah lagi boleh mengheret ke neraka Allah.
Mendatangkn ‘KEMURKAAN ALLAH + MENGHERET KE NERAKA ALLAH’.. apakah ini perkara p0sitif...da tentu kita mmpu membezakan antara positif & negatif..dan da tentu jawapannya adalah perbuatan yg negatif..

                
Yang saya kata bercinta sebelum kahwin


Apa yang saya maksudkan dengan ‘bercinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan ia tidak sama sekali.

 Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah

Apakah ini bermaksud ‘haram berhubung langsung’?

                Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang fasal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. Itulah namanya ‘bercinta sebelum kahwin’.               


Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

    Pernah dengar ayat macam ini?

  Ini dinamakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

 Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa.  Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?

Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?
 Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?

 USAHA. Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:
  “Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????

Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?

                Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.

                Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.

                At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh usaha lagi, cari yang laen.  Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.


Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama

Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.

        Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.

                Cinta sebelum kahwin ada.

                Dan.... Siapa kata couple=cinta?

                Boleh tukar definisi tu semula. ^^


Ya Rabb! Jangan pernah Kau biarkan aku mengalirkan air mata kerna kecewa mengejar cinta insani. Biarkan aku menangis untuk CintaMu..
Jika aku rindu, rindukanlah daku kepada yang merinduiMu..


     ~WALLAHU'ALAM~ 





13 December, 2011

...CRY..WE SH0ULD D0 THAT...


A P0EM HARGA HUJAN ITU by HILAL ASYRAF

As I gaze towards the sky,
it makes me wonder why,
why is the sky turning cloudy?
Is the sky feeling gloomy?
“Oh, it is raining outside” says my little heart,
“Again?” As the rain starts to depart,
trillions of tiny droplets of water,
dashing through the atmosphere,
colliding fiercely onto the terrain,
making typical sounds of the rain.
It has been raining for days,
“Why it has to rain?” my heart says,
my days are filled with water,
if not a drizzle, it may be a downpour or even a thunder.
Scary isn’t it when it rains?
Deaths occurs more than usual,
accidents happen due to slippery roads,
people are not happy as toads,
they say “Rain rain, go away”,
“come back in another day.”
We forgot to start thinking,
the sky is actually crying,
we think we are too good to be true,
we forgot to implement Surah Al-Baqarah: 82,
we fulfilled our lives with laughs and sins,
transgressing bounds with defiant grins.
But this world is full of signs,
from the moon and the skies,
from the bees and the bugs,
makes it need to look up,
and question what’s up.
“Why you deal with this stuff?!”,
“When your spirits a quest!”,
but like thunder this question struck,
all the signs that were sent,
they finally make sense,
you feel the torment,
so you need to repent,
but your heart is cement.
So cry! Soften your heart!
Cry in your tahajjud! Cry for Allah!
Make the repentance your start!

...KAMU CANTIK SEKALI...TAPI...




Saudari, kamu cantik sekali,

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali,

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau   membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.
Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Saudari, kamu cantik sekali,

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali,

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali,

Alangkah indah jika kecantikan luaran  itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.

    ~wallahu'alam~

     sumber: akuislam.com

11 December, 2011

...JANJI SE0RANG SUFI...

Adalah diceritakan, ada se0rg soleh yg pndangannya hanya kpd akhirat dan keindahan syurga, sehingga dia berjanji kpd Allah utk tidak akan melihat lagi keindahan duniawi agar tidak merasa tertarik padanya.



Pada suatu hari, ketika dlm satu prjalanan, dia lalu di sebuah pasar, tempat mmbeli belah dan secara tdk sngaja trlihat sebuah tali pinggang yg trgantung di sebuah kedai. Mungkin tali pinggang itu sgt cantik sehingga trlupa akn janjinya kpd Allah, maka dia mmndangnya dgn agak lama. Sungguh dia terlalai. Tuan punya kedai mengetahui bahawa ada se0rang lelaki melihat brg jualannya, tetapi tetap tdk mahu mmbelinya. Lalu dia menoleh pd barangan jualnnya, trnyata dgn takdir Allah, tali pinggang tadi ghaib pada pandangannya.

Maka, tiada siapapown yg dicurigai di situ melainkan se0rang sufi yg berada di tmpat itu. Dia segera mel0mpat dan memegang tgn org sufi itu kuat-kuat, menengking dan menuduhnya sebagai pencuri.

"Hai saudara! Kau bergaya sebagai org soleh, tapi knp kau sanggup melakukn perkara ini." kata tuan punya kedai.

"Apa maksudmu, wahai saudara?" kata org sufi yg trsedar dr kelalaiannya.

"Engkau seorg sufi tetapi mengapa engkau mencuri?"

"Hai, apa yang aku curi?"

"Engkau telah mncuri tali pinggangku."

"Demi Allah, aku tidak mencuri apa-apa pun barangmu." Sangkal org soleh itu sambil brsumpah.

Kerana perselisihan mereka brpanjangan, maka sampailah kepada pengetahuan pihak penguasa setempat untuk mncari keadilan. Penjual tali pinggang itu menceritakan pada penguasa bahawa org soleh itu telah mencuri tali pinggangnya.

"Wahai lelaki soleh, apakah perkara ini patut dilakukan oleh orang yang soleh sepertimu?" soal Amir

"Demi Allah, aku tidak mencuri apa-apa." jawab ahli sufi itu.

Lelaki soleh itu memang tidak mengaku kerana memang dia tidak merasa mengambil apa-apa dari kedai tersebut. Tiba-tiba salah seorang yg hadir disitu berkata, "Singkap bajunya!"

Mereka menyingkap baju org soleh itu dan ternyata di pinggangnya ada tali pinggang terlilit. Mengetahui hal ini, lelaki soleh itu memekik seolah-olah hampir mati ketika itu juga, kemudia pengsan kerana terkejut yg luar biasa.

"Ambillah rotan!" kata Amir.

Setelah rotan siap ditangannya, Amir bersedia untuk merotan lelaki soleh yang sedang pengsan itu. Namun begitu, sebelum Amir mengangkat tangannya dia terdengar suara. "Wahai  hamba Allah, jangan engkau memukul wali Allah itu. Perkara ini berlaku hanya sebagai cubaan bagi engkau."

Amir lalu terkejut yg sgt luar biasa, dia menjerit sekuat-kuat hatinya bagaikan rohnya hendak berpisah dgn jasadnya. Dia lalu rebah ke bumi, dan pengsan di tempat itu juga. Kedua-doa org yang bertaqwa itu telah sama-sama pengsan.

Sebentar kemudia i lelaki soleh sedar dari pengsannya, kemudian mengangkat kepalanya ke langit, lalu berdoa sambil menangis,

"Wahai Tuhanku! Aku mohon ampun kepada-Mu. Aku telah mengetahui akan dosa-dosaku dan kesalahanku. Aku bersalah, begitulah akibat orang-orang yang tersilap. Maka janganlah Engkau seksa aku, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pelindung manusia."

Orang-orang yang ada disitu turut menangis bersamanya. Tidak lama kemudian, Amir sedar dari pengsannya, dia lalu mencium tangan dan kaki orang soleh itu.

"Wahai kekasihku, bagaimana perkara ini boleh berlaku?" tanya Amir kepada orang soleh.

Orang soleh menceritakan bahawa dia telah berjanji kepada Allah untuk tidak melihat apa-apa jua perhiasan dan barang-barang  cantik didunia. Kemudian dia lalu di sebuah pasar dan trlihat tali pinggang yang indah.

Maka dengan takdir Allah dia terlalai disitu. Dia tidak tahu apa yang terjadi, melainkan lelaki penjual tali pinggang itu tiba-tiba menyerangnya dan menuduhnya mencuri padahal saya tidak mencurinya. Amir faham bahawa tali pinggang yang dijumpai di pinggang orang soleh itu adalah atas kehendak Allah, sebagai balasan melanggar janji..Subhanallah..hebat sungguh caturan Allah..

    ~wallahu'alam~

10 December, 2011

...BUKAN JIN, SYAITAN @ MALAIKAT- [AL-HIN]...

BUKAN JIN SYAITAN @ MALAIKAT [AL-HIN]

[gambar hiasan]
Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah..masih diberi ksempatn utk brk0ngsi 1 cerita/ ilmu baru yg mnarik dgn smua pngunjung bl0g niy.. entry kali niy diper0leh dr 1 bl0g yg ana f0ll0w.. durrahnur.bl0gspot.com.. cerita ini dr se0rang pngamal perubatan islam..klu x silap lar.. hrp sma2 hayati n ambil 'ibrah dr cerita di bwh..sesungguhnya byk lg ilmu yg belum brkesempatan utk dipelajari..

..................................
Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya.                    Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak RIDAM.. :(

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."

Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Saya: "A'ah...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

----------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

-----------

'...Fakul innamal ghaibulillah.'.
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)

----------------

Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini dalam Al-Quran:

1)Al Ankabuut - Ayat 19
'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

2)Al An'am - Ayat 6
'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, danKami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'

3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya.Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?

-----------------

1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..

2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.

3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah..

Sekian..
-------------------------
   ~wallahu'alam~

...SAHABAT...


'ERTI SEBUAH PERSAHABATAN'


SERINGKALI KITA TERTANYA2, APA BEZA SAHABAT, TEMAN, KAWAN, RAKAN, DAN TAULAN.
BEZANYA HANYA DAPAT DISELAMI DENGAN MATA HATI... A FRIEND IN NEED
IS A FRIEND INDEED..!!

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa p0wn sebenarnya,
Kecuali diri kita sendiri...
Tetapi...Dalam kita bersendirian, kita beruntung
kerana....
mempunyai seorang sahabat yang sangat2 memahami kita.
Sebagaimana kita mngharapkan keiklasan dan kejujuran.
=D
Seorang sahabat, begitu juga dia..
seperti kita..
tetapi kita sering terlupa akn hal itu.

Cuma mngambil kira tntang harapan & prasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tdk tepati janji.
Kita tdk mmberi dia peluang utk menerangkn keadaannya.
Bagi kita, itu alasan utk mnutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga membiarkn dia trnanti2 krn kita juga ada janji yg x ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu trfikirkh kita perasaannya...?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering trlupa itu.

Untungnya mmpunyai seorang sahabat yg sentiasa memahami
yang selalu brada disisi pd waktu kita memerlukan dia.
Dia mndengar luahan prasaan kita, semua rasa kecewa & ketakutan.
Harapan & impian p0wn kita luahkan..
sampai sanggup kita satukan harapan & impian diri kita dgn dia..
Dia selalu beri laluan dan s0lusi utk masalah kita.
tapi...selalunya, kita trlalu asyik mnceritakn tntang diri kita
hingga
kadang2 kita trlupa sahabat kita juga ada cerita
yang ingin dik0ngsi bersama kita.

Pernahkh kita beri dia peluang utk
mnceritakn tentang rasa bimbangnya, rasa tak0tnya??
Pernahkh kita mnenangkn dia sebagaimana dia prnah menyabarkn kita.

Ikhlas ke kita dengar tntang kejayaan & berita gembiranya??
Mampukh kita mnjadi sumber kekuatannya
sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita
kecewa dan menyerah kalah?
Bolehkah kita yakinkn dia yg kita b0leh dipercayai,
kita b0leh dijadikn tmpat utk brsandar bila
terasa lemah, agar tdk rebah..?


Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang
hanya bercerita...
Ambillah masa utk memahami hati & perasaan sahabat...
Kerana dia juga se0rang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih
dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukn seorang
sahabat...

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu...
Kita selalu melihat dia ketawa, teteapi mungkin
sebenarnya dia tdk setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin byk cerita sedih
yg ingin diluahkn..
Di sebalik kesenangan mungkin trsimpn seribu
kekalutan...
kita mmg x tahu..
Tapi..jika kita sekurang2nya CUBA jadi sahabat spertinya,
mungkin kita akn tahu..


Manusia x boleh hdp tnpa sahabat. Percaya? yar, mngkin ada yg akn mnggelengkn kepala dan berkata dia bolah hdp tnpa sahabat. Ya.. kalau hidup mmg boleh. Tpi, hdp yg dimaksudkn disini ialah hdp yg senang, gembira & bahagia. Hidup mmg perlu brteman sebenarnya. Sebab itulah, utk mndapat kehidupn yg baek, maka sahabat yang baek itu perlu kita cari. 'Kawan biar semua, tapi sahabat cari betul2'. Rasulullah sndiri mempunyai sahabat2 yg brperibadi mulia cthnya sperti Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Salman Al-Farisi dan byk lg. Semuanya saling melengkapi dan sama2 cinta-mncintai kerana Allah. Susah senang brsama2. Pernah suatu hari, Abu Bakar & Umar keluar pd waktu t/hari krn terasa lapar. Kemudia mrk trserempak dgn Rasulullah. Mereka trtanya2 apa yg dibuat Rasulullah di tgh2 kepanasan matahari ini?
Rasulullah SAW brsabda yg brmaksud: "Apa yg menyebabkn kamu keluar rumah, itulah yg menyebabkn aku berada disini." Indah sungguh prsahabatn mereka sehingga mampu merasakn apa yg dirasa 0leh sahabat.


            ~wallahu'alam~

[sumber: Tuhan tdk lupakn kita]