16 February, 2012

...SYABAB MUSLIM...








~ SYABAB MUSLIM ...apakah sumbangan mu utk ISLAM ??

Syabab Muslim nadi keutuhan ummah. Di atas bahumu terpikulnya tanggungjawab ... YA ALLAH ....

wahai SYABAB ... sedarlah dibahumu letakknya amanah yg harus dipikul sebagai KHALIFAH utusan ALLAH dimuka bumi ini ... MATA RANTAI perjuangn BAGINDA S.A.W

Elemen penting wajib dikau ketahui wahai syabab Islam ,peranan syabab MUSLIM sebagai agen perubah dan pencorak masyarakat, menyambung risalah suci yang pernah dibawa oleh junjungan besar kita nabi Muhammad saw. Menjadi harapan untuk melerai segala kekalutan dan kemelut yang melanda ummah dewasa ini. Membebaskan manusia daripada menyembah sesama makhluk dan mejadikan mereka mengabdikan diri semata-mata kepada Allah, seterusnya menjunjung kalimah suci dan meletakkannya di tempat yang selayaknya...

Usia muda merupakan aset terpenting yang tiada galang gantinya. Nabi Muhammad SAW menggesa syabab agar mengisi masa muda dengan perkara yang bermanfaat dan memberi sumbangan untuk ketinggian Deen Islam. Ini bertepatan dengan apa yang telah dirakamkan di dalam sabda baginda yang bermaksud : Kejarlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, usia mudamu sebelum datangnya hari tua, waktu sihat sebelum datangnya sakit, kaya sebelum datangnya kemiskinan, hayatmu sebelum datangnya ajal, dan waktu lapangmu sebelum datangnya kesempitan. 

Usia muda digunakan untuk melakukan pengorbanan dan memberi sumbangan yang bermakna untuk Islam. Lantaran itu pemuda menurut neraca dan mizan Islam mempunyai tanggung jawab dan nilai serta harga yang khusus jika dibanding dengan generasi yang lain. 

Tidakkah kita menyedari bahawa kerja-kerja dakwah yang pada peringkat awal perkembangannya berpusat di rumah Al Arqam b Abi Al Arqam yang dipelopori oleh golongan muda. Rasulullah ketika itu berusia 40 tahun manakala Saidina Abu Bakar lebih muda daripadanya 3 tahun dan Saidina Umar 27 tahun, Saidina Uthman lebih muda daripada Rasulullah dan yang terakhir Saidina Ali merupakan yang termuda dari kalangan mereka. Demikian jugalah para sahabat yang lain seperti Abdullah bin Masud, Abdur Rahman b. Auf, Arqam b. Abi Al Arqam, Said b. Zaid, Mus’ab b. Umair, Bilal b. Rabah, Amar b. Yasir dan ratusan lagi yang kesemuanya adalah terdiri dari golongan muda. 

Mereka inilah merupakan tentera-tentera yang memikul tugas dakwah, menanggung segala keperitan dan azab menjalankan tugas tersebut dengan penuh kesabaran dan segala pengorbanan sehingga menjulang kemenangan Islam..

ALLAH menggesa kepada seluruh ummat ini agar menyampaikan risalah suci ini di dalam firmannya yang memberi maksud : 
"Adalah kamu sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia supaya kamu menyuruh dengan makruf dan melarang dari yang mungkar dan beriman kepada ALLAH ..."  SURAH ALI 'IMRAN AYAT 110~

YA ALLAH .... hina nya hambamu ini,hmpir 20 tahun ,hidup dimuka bumi ini ... apa yg telah hamba sumbangkan utk agamaMU...YA ALLAH ..bantulah hamba utk bergerak dalam medan juangMU ...YA ALLAH tabahkan hati hamba ketika hamba JATUH, YA ALLAH bangkitkan hamba ketika hamba LEMAH ...biarlah sisa hidup hamba ...diserahkan kepada MU ,berjuang menegakkan KALIMATUL HAQ ..... mencapai REDHAMU ... AMEEN .... sollu 'ala nabiyy ,,,

wallahu'lam .......

hayya syabab bersama PERJUANGAN ISLAM !!!!

:: TRANSFORMASI UMMAH ~ KEBANGKITAN ISLAM ~


No comments:

Post a Comment