04 February, 2013

... DENGARKAN KISAH INI ...

Bismillah..





 ok.. cerita ni tentang seorang ahli ibadat yg sgt3 teguh pndirian even beliau niy dicuba dan dicuba dan dicuba dengan ujian yg tersangatlah hebat. Jadi, wajib bg readers @ kita smua ambik ibrah ataw iktibar daripada kisah ni sebelom berniat melakukan maksiat...

Rabi' bin Khaitham adalah seorang pemuda yang terkenal gemar beribadat dan tidak mendekati tempat maksiat. Jika berjalan, pandangannya sentiasa kebawah. Meskipun masih muda, kesungguhan Rabi' dalam beribadat telah diakui oleh ramai ulama dan ditulis dalam pelbagai kitab. Imam Abdul Rahman bin Ajlan meriwayatkan bahawa Rabi' bin Khaitham pernah mendirikan solat tahajud dengan membaca surah al- Jathiyah [quran.com]

Ketika membaca ayat 21, beliau menangis. Ayat tersebut bermaksud:

"Apakah orang yang membuat kejahatan (dosa) itu menyangka bahawa KAMI akan menjadikan mereka sama dengan orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka. Amat buruklah apa yang mereka sangka itu!"

Seluruh jiwa Rabi' menghayati ayat tersebut. Kehidupan dan kematian orang yang berbuat maksiat dengan orang yang mengerjakan amal soleh itu tidak sama! Rabi' menangis teresak-esak dalam solatnya. Dia mengulangi ayat tersebut sehingga menjelang fajar.

Kesolehan Rabi' sering dijadikan teladan. Golongan ibu bapa sering menjadikan Rabi' sebagai tokoh pemuda alim yang harus dicontohi oleh anak-anak. Selain dikenali sebagai ahli ibadat, Rabi' juga seorang yang peramah. Wajahnya tenang dan murah dengan senyuman.
Namun  tidak semua orang menyukai Rabi'. Ada segelintir ahli maksiat yang tidak suka dengan kezuhudannya. Mereka ingin menghancurkan Rabi'. Mereka ingin memalukan Rabi' ke lembah kehinaan. Ada juga beberapa kumpulan yang ingin menguji sejauh mana keteguhan iman Rabi'.

Lalu, kumpulan itu bersatu (dua kumpulan). Mereka merancang untuk memperdagangkan seorang wanita yang sangat cantik rupa parasnya. Warna kulit dan bentuk tubuhnya yang sungguh mempesonakan. Mereka memerintahkan wanita itu untuk menggoda Rabi' untuk melakukan maksiat. Jika wanita secantik itu mampu merobekkan keimanan Rabi', maka dia akan mendapat upah yang sangat tinggi sehingga mencecah ribuan dirham. Maka, wanita itu bersemangat dan yakin akan mampu untuk menggoyahkan iman Rabi'.

Ketika malam menjelma, rancangan jahat itu dilaksanakan. Wanita itu dihias cantik, bulu mata dan bibirnya dihias rapi. Ia memilih pakaian sutera yang terindah dan mengenakan wangian yang merangsang jiwa.. Setelah bersedia, wanita itu menuju ke rumah Rabi'. Dia duduk dihadapan pintu menunggu Rabi' pulang dari masjid. Suasana ketika itu begitu sepi.

Tidak lama kemudian Rabi' pulang. Wanita itu sudah bersedia dengan segala tipu dayanya. Dia menutup wajah dan keindahan pakaiannya dengan kain hitam, lalu menyapa Rabi', "Assalamualaikum, adakah kamu ada secawan air untuk menghilangkan haus?"

"Waalaikumussalam, insya-ALLAH ada. Tunggu sebentar," jawab Rabi' tenang sambil membuka pintu rumahnya. Rabi' bergegas ke dapur untuk mengambil air. Sejurus kemudian dia kembali dengan membawa secawan air dan memberikan kepada wanita itu.

"Bolehkah aku masuk dan duduk sebentar untuk minum. Aku tak boleh minum berdiri," kata wanita itu sambil menerima secawan air.

Rabi' ragu-ragu, namun mempersilakan juga setelah membuka pintu dengan luas. Wanita itu duduk dan minum. Selesai minum, wanita itu menuju ke pintu dan menutupnya. Sambil menyandarkan tubuhnya ke pintu, dia membuka kain hitam yang membaluti tubuhnya, lalu merayu Rabi' dengan kecantikannya.

Rabi' terkejut dan dengan tenang, beliau berkata lepada wanita itu, "Wahai saudariku, ALLAH S.W.T telah berfirman,
"Sesunggunya KAMI telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian KAMI kembalikan dia ke tempat serendah-rendahnya. ALLAH yang Maha Pemurah telah menciptakan dirimu dalam bentuk yang terbaik. Apakah setelah itu kau ingin DIA melemparkanmu ke tempat yang paling rendah dan hina iaitu neraka?

Saudariku, seandainya saat ini ALLAH menurunkan penyakit kusta padamu, kulit tubuhmu bertukar menjadi hodoh, kecantikanmu hilang, orang jijik melihatmu, adakah kamu juga masih berani berkelakuan sebegini?

Saudariku, seandainya saat ini malaikat maut datang menjemputmu, apakah kamu sudah bersedia? Apa yang akan kamu katakan di hadapan Mungkar dan Nakir di kubur? Apakah kamu yakin boleh bergembira di padang mahsyar kelak?"

Suara Rabi' yang mengalir dari jiwa yang penuh cahaya keimanan itu merobek hati dan nurani wanita itu. Mendengar kata-kata Rabi', mukanya pucat lesi, tubuhnya bergetar, kelopak matanya bergenang. Dia lantas memakai kembali kain hitam itu dan keluar lari dari rumah Rabi' dengan perasann takut kepada ALLAH SWT. Kata-kata Rabi' itu sentiasa terngiang-ngiang di telinganya sehingga jatuh pengsan di tengah jalan. Sejak itu dia bertaubat dan berubah menjadi wanita ahli ibadat.

Mereka yang hendak membuat fitnah dan memalukan Rabi' terkejut mendapat berita bahawa wanita itu bertaubat. Mereka berkata: "Malaikat apa yang menemani rabi'? Kita ingin membawa Rabi' ke lembah maksiat dengan wanita cantik itu!"

Rasa takut kepada ALLAH dalam hati wanita itu amat mendalam. Berbulan-bulan dia terus beribadat dan mengharapkan keampunan ALLAH SWT. Dia tidak memikirkan apa-apa kecuali nasibnya di akhirat. Dia sentiasa bersolat, bertasbih, berzikir dan berpuasa hingga akhirnya wanita itu meninggal dalam keadaan sujud menghadap kiblat. Tubuhnya kurus kering seperti batang kurma  yang terbakar di tengah padang pasir.

~wallahu'alam~




No comments:

Post a Comment