13 October, 2011

...PENCARIAN...


PENCARIAN
suatu kisah
kisah benar belaka
seorang lelaki dalam pencarian
mencari pemilik rusuk kirinya
sudah bertahun bersebdirian
muncullah calon yang entah keberapa
seperti biasa
diusulkan emak tersayang

bukan calang2 calon yang diusulkan
lulusan universiti timur tengah
menghormati permintaan si anak
yang mahu pendamping solehah
sejuk mata memandang
bertudung labuh litup
pandai berbahasa arab
pendek kata tip top

si lelaki mulakan istikharah
hampir berminggu
setelah meneliti gambar
mula mencari maklumat
sebelum sesi taaruf bermula

si lelaki menjenguk ke web
laman friendster kegemaran ramai
yang kini mungkin facebook
satu keajaiban
si lelaki x pernah punyai web demikian
tiba2 tergamam

si gadis masih anggun
bertudung labuh litup
bergambar sakan
aduh

terkejut bukan kepalang
calon solehah direject tanpa ihsan
bukan menjadi pilihan
hanya kerana gambar ditayang
pemilihan terbatal

dia pernah berkata
perempuan cantik itu
tidak memandang dan tidak dipandang
perempuan cantik itu
tidak mengenali dan tidak dikenali
perempuan cantik itu tidak menegur dan ditegur....

No comments:

Post a Comment