Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak dari Aurat Lelaki ??
Sebahagian wanita mengeluh kerana perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang dapat kita lihat dalam dialog di bawah, mereka seolah2 mempersoalkan ketentuan Allah SWT.
"Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal lelaki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak."
"Kenapa la kita para isteri, nak keluar je kena minta izin suami, padahal suami, nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak."
"Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!"
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja."
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada suami perlu taat pada isteri? Mana keadilan pada kaum hawa?"
"Bila nak cerai je. suami boleh jatuhkan talak.. isteri?? Kenapa?"
"Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, tak boleh nak berpuasa dan solat. Ingat perempuan ni suke ke tak boleh solat dan puasa?"
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengeksploitasikan fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pulak cakap, "Ah, mujurlah aku ni lelaki."
Tunggu..!
Istighfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.
"Cik adik, Islam lah yang
mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awk nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tak ada siapa boleh curi dan lihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barangan perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!
Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar
pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya
jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!"
"Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu
wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya,
walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya
pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana
suami kalian lah
yang menanggung dosa yang kalian lakukan!"
"Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada
lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak
lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada
lelaki ke, dia perlu
membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan
anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak
secebis, tak merasa lah jawabnya!"
"Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali
awak begitu, wanita itu
didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat!
Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu,
percayalah... itu
mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti
awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah
beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!"
"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta
bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri
saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu
maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki!
Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak
lelaki awak!"
"Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga?
Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang
awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara.
Apa itu?
Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan
dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"
"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang
wanita jika
taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada
Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti
pahala orang
pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"
Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita,
maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala
hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia
dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
sumber - iluvislam
- myheppi