09 March, 2013

UNTA & MANUSIA










Al-Quran banyak mengulangi nama dan sifat unta. Berikut adalah kajian ringkas ulama tentang sifat-sifat terpuji unta yang harus ditiru oleh manusia. Banyak hikmah daripada kejadian haiwan tersebut:

  • Unta mempunyai sifat sabar yang tinggi, sebab itulah unta mampu menempuhi padang pasir yang panas dan salji tanpa sebarang bantahan. Manusia perlu mempelajari sikap tersebut terutamanya dalam memperjuangkan Islam. 
  • Unta taat pada tuannya, oleh sebab itulah unta senang dipelihara. Manusia juga harus taat kepada Allah.
  • Unta mengenali tuannya dan mengingati tempat kembali jika tersesat. Unta tahu akan jalan pulang. Justeru, manusia harus kenal dan tahu akan tempat kembalinya kelak iaitu akhirat.
  • Unta tidak akan mengawan dihadapan manusia kerana malu, bahkan jika ia tahu ada manusia mengintai ketika ia sedang mengawan, ia akan marah dan mungkin akan membunuh orang tersebut. Maka jadilah seperti unta yang mempunyai sikap malu untuk melakukan maksiat di hadapan khalayak mahupun secara sirr.
  • Unta mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling. Jika musim sejuk, kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya kerana ada aliran pemanas badan. Jika musim panas pula akan berasa selesa juga kerana kulitnya mampu menyesuaikan diri. Oleh itu, manusia juga harus pandai dalam bergaul dengan masyarakat, tidak perlu sombong dan tidak sabar dengan suasana di sekeliling.
  • Unta mempunyai banyak manfaatnya seperti hati, daging dan susu. Justeru, manusia perlu menjadikan diri mereka bermanfaat bagi orang lain bukannya mudarat dan racun yang merosakkan umat.






No comments:

Post a Comment