24 March, 2013

MEMASAK JUGA KERANA ALLAH..







"Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus daripada RAHMAT ALLAH S.W.T. "

Mulakan dengan lafaz BISMILLAH... setiap kali memasak.

Lidah dan hati hendaklah sentiasa berzikir dan berselawat. Bukan sahaja memperoleh pahala, malah menambahkan lagi keberkatan rezeki yang dikurniakan Illahi. Makanan yang berkah sumber kesihatan badan yang baik, InsyaAllah.



Doa Masuk Dapur 

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]


Doa Waktu Sukat Beras (Baca 3 kali)

الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.


Doa Buka Periuk (Baca 3 kali)

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ


Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)


Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ


Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau ikut lawan jam)


Doa Potong Sayur & Buah(Baca 3 kali)

فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ


Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]


Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur (Baca 3 kali)

فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]


Doa Simpan Beras (Baca 3 kali)

وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ


Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]





17 March, 2013

AMALAN PEMAKANAN YANG BAIK

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan CUKA bersama IKAN
Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
(Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut. 

* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu':"Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan". Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan  kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.
http://www.islamic-replies.ucoz.com/Benefits_Of_Prayer.html


4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).
http://www.wonderfulinfo.com/islam/eatfood.php






~wallahu'alam~

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

15 March, 2013

SUNNAH


-senyum-







DO NOT UNDERESTIMATE EVEN A SINGLE SUNNAH ...!!!

EVEN A SIMPLE 'SMILE'~

 

09 March, 2013

UNTA & MANUSIA










Al-Quran banyak mengulangi nama dan sifat unta. Berikut adalah kajian ringkas ulama tentang sifat-sifat terpuji unta yang harus ditiru oleh manusia. Banyak hikmah daripada kejadian haiwan tersebut:

  • Unta mempunyai sifat sabar yang tinggi, sebab itulah unta mampu menempuhi padang pasir yang panas dan salji tanpa sebarang bantahan. Manusia perlu mempelajari sikap tersebut terutamanya dalam memperjuangkan Islam. 
  • Unta taat pada tuannya, oleh sebab itulah unta senang dipelihara. Manusia juga harus taat kepada Allah.
  • Unta mengenali tuannya dan mengingati tempat kembali jika tersesat. Unta tahu akan jalan pulang. Justeru, manusia harus kenal dan tahu akan tempat kembalinya kelak iaitu akhirat.
  • Unta tidak akan mengawan dihadapan manusia kerana malu, bahkan jika ia tahu ada manusia mengintai ketika ia sedang mengawan, ia akan marah dan mungkin akan membunuh orang tersebut. Maka jadilah seperti unta yang mempunyai sikap malu untuk melakukan maksiat di hadapan khalayak mahupun secara sirr.
  • Unta mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling. Jika musim sejuk, kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya kerana ada aliran pemanas badan. Jika musim panas pula akan berasa selesa juga kerana kulitnya mampu menyesuaikan diri. Oleh itu, manusia juga harus pandai dalam bergaul dengan masyarakat, tidak perlu sombong dan tidak sabar dengan suasana di sekeliling.
  • Unta mempunyai banyak manfaatnya seperti hati, daging dan susu. Justeru, manusia perlu menjadikan diri mereka bermanfaat bagi orang lain bukannya mudarat dan racun yang merosakkan umat.






08 March, 2013

LELAKI SENANG PEREMPUAN SUSAH


Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak dari Aurat Lelaki ??





Sebahagian wanita mengeluh kerana perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang dapat kita lihat dalam dialog di bawah, mereka seolah2 mempersoalkan ketentuan Allah SWT.

"Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal lelaki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak."

"Kenapa la kita para isteri, nak keluar je kena minta izin suami, padahal suami, nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak."

"Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!"

"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja."

"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada suami perlu taat pada isteri? Mana keadilan pada kaum hawa?"

"Bila nak cerai je. suami boleh jatuhkan talak.. isteri?? Kenapa?"

"Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, tak boleh nak berpuasa dan solat. Ingat perempuan ni suke ke tak boleh solat dan puasa?"

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengeksploitasikan fahaman wanita yang terjejas  akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pulak cakap, "Ah, mujurlah aku ni lelaki."


Tunggu..!

Istighfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.

"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awk nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tak ada siapa boleh curi dan lihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barangan perhiasan tadi?  Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!"

"Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!"

"Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!"

"Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah... itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!"

"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!"

"Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"

"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"

Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.



sumber - iluvislam
             - myheppi