29 November, 2011

...SANGGUPKAH ANDA ???...

Renungan bersama...

Kisah ini berlaku 1 tahun yg lalu (wallahu'alam), seorang ibu tua dibawa oleh ank lelakinya yg tinggal di bandar mnziarahi ahli keluarga di sebuah kampung.

Sekembalinya dari tmpat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh2, pantas brlari keluar dari kereta. Langkahnya agak trgopoh-gopoh menaiki ank tngga rumah. Fikir si ank yg masih belum smpat mnarik handbrake keretanya, pasti si ibu brgegas untuk segera menunaikn solat Maghrib kerana azan tlh brkumandang di surau yg berdekatan.

Tapi bila dia mula ,menjejaki ank tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis berjejeran di ank tangga dan  dilaman rumah. 'Mak sakit perut rupanya' bisik hatinya. Tanpa brlengah, segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar.

Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkn air menuruni ank tangga. Ibu yg sudah selesai membersihkn diri dan solat Maghrib terkocoh2 sekali lagi menanggalkn telekung, mncapai baldi dan gayung dalam langkah yg terhencut-hencut cuba menuruni ank tangga. Terpana si ibu di muka pintu melihat ank2 tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak...

"Tak sembahyang Maghrib ke..?" Tanya ibu kpd si anak dalam keadaan serba salah. "Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib itu dijamak takhir dgn Isyak nanti." Si ibu tak terkata apa.

Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah krn anak yg diasuh sebesar 2 tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.

"Ya Allah begini mulia rahmatMu mengurniakn hambaMu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku brsyukur padaMu...aku brsyukur padaMu Ya Allah!!" sempat si ibu memanjatkn doa dalam hati. Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecap nikmat kasih.....

rentetan dari peristiwa dan situasi itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang                  dibuat terasa dipermudahkn oleh Allah SWT. Hadis Nabi SAW : "Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkn apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT.."
MasyaAllah..

   ~wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment