[gambar hiasan]
Diriwayatkan seorang raja berhasil
membangunkan kota dengan segala
keperluan yang cukup megah. Kemudian
raja itu mengundang rakyatnya untuk
berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada
setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk
menanyai setiap pengunjung adakah cela dan
kekurangan kota yang dibangunkannya itu.
Hampir seluruh orang yang berkata ditanyai tidak ada
cacat celanya. Tetapi ada sebahagian
pengunjung yang menjawabnya bahawa kota
itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai
dengan perintah raja, mereka ditahan untuk
dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja
"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati"
jawab orang itu. Tanya raja
"Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan
pemiliknya tidak akn mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak
selamanya dan pemiliknya tidak akan mati."
Jawab mereka.
"Segera katakan apakah itu."
Desak si raja.
"Syurga dan Allah pemiliknya."
Jawab mereka dgn tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya
itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya.
Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka
dan azabnya bagi manusia yang sombong dan
ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka
mengajak raja kembali ke jalan Allah,
raja itu pun ikhlas menikutinya.
Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya
dan jadilah dia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.
MasyaAllah....
Hebat sungguh caturan Allah.
~wallahu'alam~ |
No comments:
Post a Comment