11 December, 2011

...JANJI SE0RANG SUFI...

Adalah diceritakan, ada se0rg soleh yg pndangannya hanya kpd akhirat dan keindahan syurga, sehingga dia berjanji kpd Allah utk tidak akan melihat lagi keindahan duniawi agar tidak merasa tertarik padanya.



Pada suatu hari, ketika dlm satu prjalanan, dia lalu di sebuah pasar, tempat mmbeli belah dan secara tdk sngaja trlihat sebuah tali pinggang yg trgantung di sebuah kedai. Mungkin tali pinggang itu sgt cantik sehingga trlupa akn janjinya kpd Allah, maka dia mmndangnya dgn agak lama. Sungguh dia terlalai. Tuan punya kedai mengetahui bahawa ada se0rang lelaki melihat brg jualannya, tetapi tetap tdk mahu mmbelinya. Lalu dia menoleh pd barangan jualnnya, trnyata dgn takdir Allah, tali pinggang tadi ghaib pada pandangannya.

Maka, tiada siapapown yg dicurigai di situ melainkan se0rang sufi yg berada di tmpat itu. Dia segera mel0mpat dan memegang tgn org sufi itu kuat-kuat, menengking dan menuduhnya sebagai pencuri.

"Hai saudara! Kau bergaya sebagai org soleh, tapi knp kau sanggup melakukn perkara ini." kata tuan punya kedai.

"Apa maksudmu, wahai saudara?" kata org sufi yg trsedar dr kelalaiannya.

"Engkau seorg sufi tetapi mengapa engkau mencuri?"

"Hai, apa yang aku curi?"

"Engkau telah mncuri tali pinggangku."

"Demi Allah, aku tidak mencuri apa-apa pun barangmu." Sangkal org soleh itu sambil brsumpah.

Kerana perselisihan mereka brpanjangan, maka sampailah kepada pengetahuan pihak penguasa setempat untuk mncari keadilan. Penjual tali pinggang itu menceritakan pada penguasa bahawa org soleh itu telah mencuri tali pinggangnya.

"Wahai lelaki soleh, apakah perkara ini patut dilakukan oleh orang yang soleh sepertimu?" soal Amir

"Demi Allah, aku tidak mencuri apa-apa." jawab ahli sufi itu.

Lelaki soleh itu memang tidak mengaku kerana memang dia tidak merasa mengambil apa-apa dari kedai tersebut. Tiba-tiba salah seorang yg hadir disitu berkata, "Singkap bajunya!"

Mereka menyingkap baju org soleh itu dan ternyata di pinggangnya ada tali pinggang terlilit. Mengetahui hal ini, lelaki soleh itu memekik seolah-olah hampir mati ketika itu juga, kemudia pengsan kerana terkejut yg luar biasa.

"Ambillah rotan!" kata Amir.

Setelah rotan siap ditangannya, Amir bersedia untuk merotan lelaki soleh yang sedang pengsan itu. Namun begitu, sebelum Amir mengangkat tangannya dia terdengar suara. "Wahai  hamba Allah, jangan engkau memukul wali Allah itu. Perkara ini berlaku hanya sebagai cubaan bagi engkau."

Amir lalu terkejut yg sgt luar biasa, dia menjerit sekuat-kuat hatinya bagaikan rohnya hendak berpisah dgn jasadnya. Dia lalu rebah ke bumi, dan pengsan di tempat itu juga. Kedua-doa org yang bertaqwa itu telah sama-sama pengsan.

Sebentar kemudia i lelaki soleh sedar dari pengsannya, kemudian mengangkat kepalanya ke langit, lalu berdoa sambil menangis,

"Wahai Tuhanku! Aku mohon ampun kepada-Mu. Aku telah mengetahui akan dosa-dosaku dan kesalahanku. Aku bersalah, begitulah akibat orang-orang yang tersilap. Maka janganlah Engkau seksa aku, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pelindung manusia."

Orang-orang yang ada disitu turut menangis bersamanya. Tidak lama kemudian, Amir sedar dari pengsannya, dia lalu mencium tangan dan kaki orang soleh itu.

"Wahai kekasihku, bagaimana perkara ini boleh berlaku?" tanya Amir kepada orang soleh.

Orang soleh menceritakan bahawa dia telah berjanji kepada Allah untuk tidak melihat apa-apa jua perhiasan dan barang-barang  cantik didunia. Kemudian dia lalu di sebuah pasar dan trlihat tali pinggang yang indah.

Maka dengan takdir Allah dia terlalai disitu. Dia tidak tahu apa yang terjadi, melainkan lelaki penjual tali pinggang itu tiba-tiba menyerangnya dan menuduhnya mencuri padahal saya tidak mencurinya. Amir faham bahawa tali pinggang yang dijumpai di pinggang orang soleh itu adalah atas kehendak Allah, sebagai balasan melanggar janji..Subhanallah..hebat sungguh caturan Allah..

    ~wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment