14 December, 2011

...C0UPLE = CHINTA...?...

-c0uple = cinta..??-


Bismillahirahmanirahim..Alhmdulillah hari nie brkesempatn utk p0st entri niy.. entri kali niy adlh pndngn tntng cinta 0leh saudara Hilal Asyraf...tp ana tlhp0wn meringkskn srba sedikit penerngn serta pndangn trsebut..diharap brmanfaat kpd smua..
Couple=cinta?

Bicara cinta kita...

‘apakah ada couple sebelum berkahwin?’.. jawapannya x ada

‘apakah ada cinta sebelum berkahwin?’jawapannya ada..

“Macam mana bercinta tapi tak bercouple?”

 Cinta dengan couple tu, sama ke?..mestilah x sama
 Nak bercinta, wajib couple ke?...x wajib p0wn

Statement ‘no cinta before nikah’, ‘cinta sebelum nikah haram’, ‘x da cinta2, haram tue’ kurang tepat sebenarnya..sebab cinta & c0uple x sma.. kenapa..? perasaan cinta tue mesti diiringi dgn c0uple k..? kalau x c0uple mksudnya x da perasaan cinta lar..? dr sini p0wn kita da boleyh nampak bezanya cinta dan couple..

               

Apa itu cinta

Definisi cinta bagi fahaman penulis sndiri ialah..cinta adlh apabila kita hendak masuk syurga bersama2 dgn org yg kita cinta..samada kekasih, isteri, sdare, kwan, ibu bapa dan sebagainya. Cinta itu pula trkandung di dalamnya perasaan sayang dan kasih. Kasih sayang nie pulak mmbawa kpd perbuatan yg p0sitif..

 Umumnya, couple itu dilarang oleh Allah, zina hati juga dilarang oleh Allah dan balasannya adalah kemurkaan Allah, apatah lagi boleh mengheret ke neraka Allah.
Mendatangkn ‘KEMURKAAN ALLAH + MENGHERET KE NERAKA ALLAH’.. apakah ini perkara p0sitif...da tentu kita mmpu membezakan antara positif & negatif..dan da tentu jawapannya adalah perbuatan yg negatif..

                
Yang saya kata bercinta sebelum kahwin


Apa yang saya maksudkan dengan ‘bercinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan ia tidak sama sekali.

 Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah

Apakah ini bermaksud ‘haram berhubung langsung’?

                Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang fasal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. Itulah namanya ‘bercinta sebelum kahwin’.               


Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

    Pernah dengar ayat macam ini?

  Ini dinamakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

 Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa.  Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?

Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?
 Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?

 USAHA. Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:
  “Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????

Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?

                Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.

                Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.

                At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh usaha lagi, cari yang laen.  Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.


Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama

Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.

        Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.

                Cinta sebelum kahwin ada.

                Dan.... Siapa kata couple=cinta?

                Boleh tukar definisi tu semula. ^^


Ya Rabb! Jangan pernah Kau biarkan aku mengalirkan air mata kerna kecewa mengejar cinta insani. Biarkan aku menangis untuk CintaMu..
Jika aku rindu, rindukanlah daku kepada yang merinduiMu..


     ~WALLAHU'ALAM~ 





4 comments:

  1. subhanallah...ska entry ni...best...:D

    ReplyDelete
  2. syukrn..smua milik Allah..kta share.

    ReplyDelete
  3. trm ksh iwana sbb sudi bca entri awa ney... :) semua milik Allah..sma2 kta share...

    ReplyDelete